Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, April 28, 2011

Khamis 28/4/11

Semasa catatan ini ditulis, anak2 yang lelakinya sedang berlatih buat kali pertama persembahan yang diminta mereka berikan pada 2 Mei depan sempena satu majlis anjuran kumpulan wanita RPA Ulu Kinta menyambut hari ibu...gitulah kira2 kalau tak silap explain dari ummi yang menerima jemputan tu...Asalnya pada 8 Mei entah kenapa dipercepatkan pada 2 Mei. Anak2 ni diminta nasyidkan lagu ibu...Sementara kumpulan jururawat yang datang semalam pun minta juga persembahan nasyid khas untuk jururawat...ada ker???Rasanya tak ada lagi ler.. jadi walid nampaknya kena jadi komposer untuk menggubah lagu khas tersebut..ini pada tarikh 28Mei...

Anak2 yatim kami ni yang agak merdu suaranya ialah Aizat dan Hafiz yang lain itu boleh dikatakan sekadar ada suara jer lah...Nan dan Danial suara akil baligh reject..Rauf suara tak boleh lentok sama dengan Meon, Iwan dan Udin..Jamal suara itik nila/serati..Tokwan tak leh sebut (R) Anas telor Hakim tersipu2 yg lebih suara tak boleh angkat...cuma Amin ada suara merdu tapi belum menyerlah lagi..Si Aizat ni plak kekadang angin sikit suka merengus bila dilantik jadi ketua..Hafiz pula masih mentah tapi suaranya merdu mendayu cuma dia kuat resdung selalu bersin dan tonyoh hidung..ini satu tak cantik dan kalau dia jadi ketua ada jer yang tak beri kerjasama dibelakang..hasad dengki pun banyak jgak antara depa ni....Tiga budak baru tu pulak Hakeemi suara sengau giler Hafizan dan Hisyam rasanya ada suara yang boleh dibina....Wan pun sekarang ni azan dah cantik tak disangka2...cuma telor dan agak kegagapan bila bercakap...Baru ni ummi minta belikan kompang untuk mereka....walid kata tak usah lagi kerana khuatir nasyid tak setara mana kompang terkopak...nanti dulu sebab kompang pun kena ada guru yang boleh ajar..bukan pakai hentam dan tabuh jer...

Tamu hari ini, ialah Cik Maslina dari Taman Perpaduan yang datang untuk meminda tarikh kenduri arwah abahnya yang akan diadakan di asrama ini pada 1 Mei bersamaan dengan hari pekerja, asalnya nak buat 30 hb ini. Iftar hari ini disponsor oleh abang Kamarul iaitu ayam percik madu dan air soya.

No comments:

Post a Comment