Saturday, April 9, 2011

Sabtu 9/4/11

Melur ke 15 telah diadakan malam tadi dipengerusikan Hakim, majlis diteruskan juga di anjung makan disebabkan dewan digunakan untuk program lain. Latihan public speaking seperti ini perlu sentiasa diteruskan supaya anak2 ni dalam keadaan bersedia sentiasa untuk menyampaikan persembahan mereka dan agar mereka berani tampil dalam keadaan tiada kekok dan canggung. Ini dapat kita lihat sendiri bila tujuh orang budak2 ni kita hantar belajar ke sekolah KAFA sebelah petang mereka dipilih untuk mengetuai kumpulan nasyid lelaki dan perempuan, sebagai contoh Si Hafiz diamanahkan memimpin kumpulan nasyid dibantu Si Hakim dalam pertandingan minggu depan sementara Si Atirah yang amat tidak menonjol dalam Melur dipilih mengetuai kumpulan nasyid perempuan dibantu oleh Halimah yang memang ada suara..

No comments:

Post a Comment