Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, April 3, 2011

Ahad 3/4/11

Hari ini selepas sarapan pagi anak2 ini membaca Al-Quran dan Iqra' (tiga orang baru dan dua orang lama ) selepas itu masing2 menjalankan tugas seperti yang dijadualkan antaranya membasuh dan menjemur pakaian, mengemas asrama dan sebagainya. Selesai tugas2 tersebut kemudiannya mereka dibenarkan melakukan aktiviti bebas...

Jam 8:15am datang Sdr Muhammad dan kawannya menjemput walid  untuk pengisian program Rakan Masjid di UTP....selang tidak lama selepas walid pergi muncul sepasang suami isteri dari Tm. Indah untuk menyampaikan sumbangan berkala mereka kepada asrama ini...mereka selalu datang semasa ketiadaan kami dan bila ummi minta tulis nama dalam buku pelawat, mereka serentak menolak dengan kata tak payahlah...jadi ummi pun tak ingat lagi nama mereka ni....

Jam 3.00pm walid sampai dan mempelawa siswa UTP yang menghantar walid pulang melihat hasil lawatan siswa siswi UniKL BMI semalam dan mereka pun teringin nak lihat Mini Perpustakaan yang dirasmikan semalam bersama bilik komputer....terkedu juga melihatnya....

Selepas solat Asar jam 5.00pm datang pula seorang bakal guru yang sedang menjalani latihan praktikal mengajar di K. Kangsar dari IPG KI dan menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan kawan2nya nanti bagaimana nak membantu anak2 di sini dalam bidang P&P...

Jam 8:00pm datang pula suami isteri En. Osman dan isterinya Pn. Hasnah dari Bndr Baru Putera untuk menyumbang beberapa kilo gula... Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment