Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, April 23, 2011

Sabtu 23/4/2011 - Arnab comel mati

Arnab comel kami yang  telah hilang 2 hari lalu telah ditemui mati tanpa kepala oleh Udin di dalam paya.Patutlah dalam sehari dua ini tak nampak kelibat arnab tu. Dan sebelum ini seekor arnab besar telah megalami cirit birit yang kemudiaanya didapati mati di waktu pagi oleh Jamal dan si Hisyam amat sedih dengan kematian itu, dan berulang kali mereport kt walid "abang Jamal tanam arnab, arnab mati". 

Program pelajar yang mengadakan aktiviti di sini masuk hari kedua dan esok adalah hari bergotong royong untuk membersihkan kawasan sekitar asrama ini. Program mereka akan berakhir selepas solat zohor katanya.Program pelajar sebegini diharap dapat memberi kesedaran kepada warga asrama ini terutama yang lelaki kerana yang datang ini pun ada yang sebaya dengan anak-anak di sini. Biar mereka perhatikan bagaimana orang lain boleh mengendalikan majlis mereka sendiri dengan licin dan teratur.Dan tidak banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Inilah yang cuba kita bina mereka menerusi program MELUR untuk mendedahkan bakat diri mereka.

Hari ini ummi,walid dan Izzah,ketiga-tiga tidak bermaya. Walid yang baru nak pulih demam, bp pulak naik sampai 104,ummi pulak pening kepala dari pagi sampai malam begitu jugak kak Izzah tumbang hari ini demam dan hilang selera makan. Mudah-mudahan Allah sembuhkan kami secepat mungkin.Amin.

1 comment: