Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, April 15, 2011

Jumaat 15/4/11 MELUR KE 18

Hari Jumaat ni kebiasaannya menjadi rebutan kepada sesetengah orang untuk bersedakah..ini dapat kami rasai sendiri bila kita buka asrama anak2 yatim ni, seperti contohnya Ju Ayang Bing akan menghantar ayam segar setiap hari Jumaat. Hari ni jam 9:00am dah datang abg Aziz tukang sembelih di situ untuk hantar ayam..

Jam 10:00am Pn. Hanum datang menyampaikan sumbangan bulanan mereka suami isteri..sekarang puan ni dah bekerja di syarikat sendiri katanya sebab datang dengan baju koperat, kata ummi syarikat mereka pun menggunakan nama anak perempuannya yang pernah datang mengaji Quran sebelah petang selama dua bulan gitu..

Jam 11:00am lebih kurang, datang pula Pn Juriah isteri En Remi..tapi kali ni suaminya tak datang kerana ada projek landskap di KL katanya. Pn Juriah ni selalu menyumbang buah-buahan dan kali ini sekotak buah pear dari Afrika Selatan.

Jam 12:20pm walid dan ummi ke Restoran Bunga Lawang untuk mengambil dua jenis lauk sumbangan mingguan dari taukehnya En Halim dan isteri Pn Haliza. Hari ini ayam masak merah dan sayur campur dan buah tembikai...Sebab abg Kamarul balik Kelantan..selalunya dia yang ambilkan on the way balik dari kilangnya...

Sebelum balik ummi ajak singgah kedai sayur kejap nak beli sayuran dan karot untuk arnab..masa tu dapat telefon dari Pn Ros taukeh restoran Jue Ikan Bakar yang singgah di asrama untuk tunaikan hajat mereka lalu kami bergegas balik kerana waktu solat Jumaat pun dah hampir..rupanya mereka berdua suami isteri singgah nak bayar zakat bagi pihak Allahyarham bapa Zul yang meninggal minggu lepas.

Lepas solat Maghrib datang pula us. Fitri untuk mengajar dan mentasmi' Al-Quran bacaan anak bertujuh yang terpilih tu..

Majlis Melur ke 18

Majlis Melur pada malam ini adalah kali yang ke 18 dipengerusikan oleh Jamal. Majlis bermula tepat jam 9:00pm..dengan bacaan ayat suci Al-Quran disampaikan oleh Udin diikuti dengan persembahan menarik dari adik cilik Hisyam yang berani tampil keluar untuk memperdengarkan bacaan Iqra’ diikuti oleh abangnya Hafizan dan Hakeemi…..masing2 keluar dengan penuh keberanian walaupun masih baru dan buat pertama kali….ada gambar menyusul....di fb anak yatim.

No comments:

Post a Comment