Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, April 29, 2011

MELUR kali ke-20

Malam ini majlis Melur telah memasuki siri yang ke-20, Alhamdulillah...walaupun masih terdapat sana-sini kelemahan.... namun, kesannya nampak ketara dimana mereka berani tampil ke hadapan dengan pelbagai persembahan...cuma, mereka ini kelemahannya ialah, last minute baru bersedia, sikap bagaikan pahat dengan penukul, tidak ada kesedaran dalaman. Tetapi, keberanian untuk keluar ke hadapan khalayak tanpa rasa gugup dan takut tidak ada sama sekali. Ini perlukan kepada menambah kesedaran dan semangat mereka, peri pentingnya majlis seperti ini untuk diri mereka di masa akan datang sebagai pendakwah. Itulah yang kita harapkan dapat menyedarkan mereka akan kepentingan latihan seperti Melur ini.

Che On malam ini menjadi pengerusi yang paling tak bersedia sehingga segala benda yang hendak diucapkan masih melihat kertas, walhal, Udin, Jamal, Tok Wan, Aizat boleh mengendalikan majlis secara bersahaja tanpa melihat kertas. Ini semua bertolak daripada minat dalam diri . Sebab itu, ummi mencadangkan kita yang akan memilih siapa yang akan mempengerusikan majlis untuk Melur kali ke 21 dan seterusnya. Ini kerana kita ingin melatih mereka dengan cara yang lebih serius.

Malam ini Melur diakhiri dengan persembahan nasyid yang akan ditampilkan dalam persembahan hari ibu yang akan diadakan di rpa Ulu Kinta. Gambar akan di upload esok.

Tamu hari ini, di sponsor oleh Restoran Bunga Lawang, iaitu ayam masak ros dan dalca.

No comments:

Post a Comment