Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, April 17, 2011

Ahad 17/4/11

Aktiviti hari Sabtu dan Ahad selepas solat Subuh terus ngaji dan sarapan kemudian masing2 tengok apa kerja yang dah dijadualkan sama ada kemas asrama, basuh baju atau kerja2 keceriaan yang lain..yang lain2 bolehlah main karum atau congkak...lepas Asar baru boleh main bola, badminton, bola atau sepak raga...begitulah perjalanan hidup mereka bila cuti hujung minggu...

Sebentar tadi kami dikunjungi satu keluarga yang datang nak berkenalan dengan warga asrama ini diketuai oleh Cik Maslina yang seawal jam 8:30am dah datang meninjau mencari tempat ini dan menyatakan hasratnya untuk bawa keluarganya ke sini tenga hari sikit..

Sebelum keluarga Cik Maslina sampai kami telah didatangi suami isteri dari Tm Rimba Tambun yang boleh dikategorikan sebagai penyumbang berkala yang nampaknya berminat mengikuti perkembangan asrama ini. Suami isteri ini ialah En Ibrahim Zabidi dan isterinya Cikgu Noraini Nordin mengajar di RPS. En. Ibrahim masih bekerja di Klang dan balik setiap minggu. Sebelum ini dah beberapa kali mereka datang ke sini...

Jam 3:05pm Sdr Samad bekas anggota komando 69 datang menyumbang wang..beliau ni bukan asing dengan maahad ni, terlibat sedari awal lagi sejak tanah ni diserahkan kepada walid tahun 2000, bersama memugar belukar, menebang pokok2 balak kekabu dan kelapa, menukang mengubah suai bangunan bekas kilang batik ni bertukar menjadi kelas dan lain2 kerja...hatinya sampai kini terikat dengan asrama ini..kadang2 menjadi drebar walid untuk keluar mengajar ditempat2 yang jauh terutama ketika walid diserang gout...kini beliau menumpu pada kebun sawitnya yang dah mendatangkan hasil lumayan....

Jam 7:15 us. Fitri datang untuk mengajar tahfiz.....

1 comment: