Saturday, November 27, 2010

Sabtu 27/11/10 Kemahiran Menternak


Hari ini ada dua undangan untuk anak-anak yatim kami. Satunya di PGA Ulu Kinta majlis kahwin jam 11.00 tengahari dan jamuan kesyukuran di Taman Seri Tambun belakang asrama ini pada jam 2.00 petang.
Selepas solat Asar satu gotong royong diadakan untuk menambah luas kawasan ternakan ayam dengan menggunakan pukat sebagai pagarnya. Ayam-ayam semakin montok tapi mengejutkan juga bila dilaporkan empat ekor ayam betina mati kelmarin  mungkin bukan penyakit atau wabak sampar tapi ada kemungkinan keracunan. Kerana bebudak pompuan dilapurkan telah menjamu kepingan polisterin pembungkus peti sejuk.
Saya teringat kes beberapa tahun lalu seorang kawan yang menternak kambing dipinggir air terjun  Ulu Kinta mendapati beberapa ekor kambingnya mati, bila disiasat puncanya ialah memakan polisterin pembungkus makanan dan plastik yang dibuang orang dikawasan perkelahan itu kerana stirena dikenalpasti sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia..Kalau pembungkus makanan yang nipis begitupun nala punya bahaya inikan pula pembungkus peti sejuk nala punya tebal yang mungkin entah apa-apa lagi campuran selain stirena.  Nampaknya Itik betina solo yang jinak itu pun semakin cun walaupun hitam. In sya Allah sedikit hari lagi mungkin bertelur.
bakal penternak muda Aizat sdg menggulung kawat dawai

nampak tak itik hitam yang cun menegur ayam Jamal? 

ini pukat jerut tau...

Cek On dan Denan sdg memeriksa 

ayam pun dapat makan macam tuan-tuannya juga 5x sehari oi..

cari lagi kot kot ada lubang ayam boleh keluaq...


ikat kemeh kemeh dg tali ropia...

kalau nak ikut dah boleh semelih...tapi ada yang nak teroyak...aih marton bior gitu jer...


 tengok ler nasi biryani ker atau ujan paneh...

cek on ubah pasu...

ayam jantan ada 3 yang tina tak tau beghape..

No comments:

Post a Comment