Friday, November 19, 2010

Khamis 8/11/2010 Hari Raya Kedua Ke Alor Star

السلام عليكم

Pagi ini kami berempat; walid, ummi, angah dan kak Iffah bertolah ke Kedah untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan anak perempuan  Us. Najdi dan Pn Bushro di Taman Tunku Sarena di Bandar Darul Aman. Walaupun semasa menerima undangan menerusi telefon tempohari walid telah menyatakan kemungkinan tak dapat hadir atas faktor kesihatan dan kesibukan di asrama anak-anak yatim disaat-saat hari raya dan hari tasyriq selepasnya dengan qurban dan kunjungan tetamu.
Namun pagi ini setelah berbincang dengan ummi dan setelah menimbang tara beberapa aspek terasa tak patut sangat tidak menjenguk mereka kerana keakraban hubungan sejak us Najdi masih bujang dan berjiran dengan kami semasa di Mesir sampailah setelah berkahwin dan beranak pinak dan balik ke M'sia ditakdirkan pula mengajar di Bg Datoh kemudian berpindah ke Maktab Perguruan Ipoh beberapa tahun sebelum bertukar diMaktab Perguruan Perlis. Semasa di Perlis pun sentiasa berhubung dan saling ziarah hattalah yang terakhir pertukarannya ke IPDA. Sementelah ini adalah walimatul 'urus anak mereka yang pertama Tsuwaibah yang seumur anak kami Izzah. Kesemua faktor ini dan faktor-faktor lainnya ditimbang dan keputusan akhir kena pergi!!!... dan kena balik terus setelah jumpa gitu gini...dan kami bertolak jam 9 pagi dan sampai hampir 1tgh. Jam 2.30 setelah pengantin lelaki tiba kami bersalam dan minta  izin beredar pulang.

Tsuwaibah tak seronok sbb kami tak leh dok lama...

Tangkap satu lagi pastu boleh balik.....

Sebelum pergi taklimat diberi kepada semua anak yatim supaya tidak menimbulkan masalah dan pesanan supaya setiap tetamu yang datang berikan buku pelawat minta ditulis.  Dan kami sampai Ipoh jam 6 ptg.
Kamarul, sukarelawan kami sedang membakar satey dengan budak-budak waktu itu. Kemudian hujan turun selebat-lebatnya selepas sejam kami balik..
Laporan yang diterima ialah ramai orang datang beri daging korban, dari buku pelawat ada nama orang-orang yang datang termasuk Us. Kamaruddin Adam dari jabatan mufti yang telefon masa kami hampir tiba Bandar Darul Aman memberitahu nak datang bagi daging korban. Apa cerita lain????
Ummi, Hafiz muntah dalam asrama tapi tak ngaku...Hafiz jatuh katil subuh tadi, dia nangis tapi tak ngaku muntah....Hafiz muntah lepas makan muka dia pucat tapi tak ngaku dia muntah dalam asrama...Lepas isya' si Hafiz dibawa keklinik berhampiran dan doktor nasihatkan dia dirujuk ke Hospital Ipoh..sebab perlu discan lebih teliti sejauh mana teruk yang dialami......Angah dan Abg Kamarul di hospital skrg....Mudah-mudahan selamat. Sebelum kesitu walid menghubungi Hospital Pantai kerana mereka adalah hospital panel kepada anak yatim di sini,,,jawapan yang diberi oleh En Shamil..Dr Dilshad sudah tak jadi CEO lagi dan ada doktor bangsa India ganti tempat dia. Saya pun dan 3 minggu letak jawatan dan buka klinik di Bercham Raya dengan  Dr Dilshad......kami tak boleh buat apa-apa kata En Shamil..

No comments:

Post a Comment