Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, November 26, 2010

Jumaat 26/11/10 2.00 pagi. Mengimbau Sejarah ..........

Assalamualaikum....

Saya ingin catatkan disini  sumbangan beberapa peribadi yang memberi saham membangunkan asrama kami ini sampai sekarang menerusi cara dan gaya masing-masing. Dalam Qur'an Allah menyebut yang bermaksud "Katakanlah,,,,setiap orang hendaklah beramal mengikut kemahiran masing-masing". Bila kita menceburi bidang seperti ini pandangan hidup kita menjadi semakin luas dan pengalaman  kita tentang manusia  juga bertambah disebabkan kita berdepan dengan ragam manusia yang pelbagai. Kita bertemu dengan orang yang terlalu hiba sehingga bila terpandang saja anak yatim datang terus menangis semahunya..kelu lidahnya, sedangkan tadinya bersembang bukan main rancak...dan manusia jenis ini bukan seorang dua yang kita temui. Ada yang menangis satu keluarga bila bertandang kesini, ada yang siap pakai cermin mata gelap dalam keadaan hiba menghulurkan sampul sumbangan kemudian berlalu pergi..setelah mengusap kepala beberapa orang budak..seakan ada nostalgia hiba yang tidak dapat diperikan kecuali hanya menerusi air mata...

Jue Ayam Bing adalah antara penyumbang tetap sejak awal kami membuka asrama anak-anak yatim yang akan membekalkan kami dengan ayam segar percuma setiap Jumaat. Pengurusnya Pn Zue dan suaminya Mat Rock setiap kali Ramadhan akan mengadakan majlis berbuka keluarga bersama anak-anak yatim.

Syarikat Inflow pula akan menyumbang kueh mueh keasrama ini dua kali seminggu untuk jamuan petang. Pengurusnya En. Abdullah akan memastikan pekerjanya datang setiap minggu kesini dan ini berlangsung sejak awal juga hanya beberapa bulan selepas Jue Ayam Bing. Seingat saya tidak ada sebarang perbincanganpun dengan pengurusnya..hingga kami pun pada peringkat awal hairan menerima kotak yang berisi dua jenis kueh dari lori kecil yang masuk kesini. Semoga Allah membalas ganjaran pahala kepada mereka dan memajukan perniagaan mereka....amin

No comments:

Post a Comment