Thursday, November 18, 2010

Petang Raya Pertama

السلام عليكم


Sebelah petang lepas solat Zohor ada beberapa orang datang sedekah daging korban kepada asrama ini. Dari mesjid lama Tambun kami dapat daging kambing dua paha. Yang sedekah daging lembu, pertama disampaikan oleh sdr Idris Maybank dari surau Kg Tersusun Bt 4. Sdr Deris ni antara yang prihatin benor dgn anak yatim kami dan tahun-tahun lepas pun dia lah yang hantorkan. Lepas Asor mase tengah takbir datang lagi sdr dari suro Bt 6.
Pukoi 7 ada jemputan ke sugho Abdur Rahman Auf Tmn Rapat Koperasi Rpt Setia ada program jamuan raya dan dapat daging lagi. Surau Abdur Rahman Auf inipun amat erat hubungannya dengan asrama kami. Ada apa jer majlis, anak yatim kami akan dijemput.. Malam ni pukoi 9 lebih sikit deme sampai asrama. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment