Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, November 6, 2010

SELAMAT DATANG KE ASRAMA ANAK YATIM 

 

DAR’US-SALAM TAMBUN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kami mengucapkan selamat mengunjungi laman ini untuk mengenali asrama anak yatim persendirian yang kami uruskan bagi membantu membangun anak-anak yatim dan miskin yang ditakdirkan terpaksa mengharungi arus kehidupan yang membadai sejak kecil dalam keadaan terpisah dan tersisih dari ibu bapa dan keluarga dan tercicir dan terbiar dari sistem pendidikan agama maupun perdana. 
Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan apa jua dari mana-mana pihak yang prihatin dengan warga yatim dan miskin yang terbiar dan tercicir ini dan kami amat menggalakkan anda datang sendiri mengusap kepala mereka dan melihat sendiri keadaan mereka atau mendengar sendiri kisah hidup mereka. Bersama-samalah kita membantu nasib anak-anak yang bertuah ini demi memastikan generasi masa depan kita tidak sia-sia. Semoga kita terselamat dari orang yang dikecam Allah dalam Surah al-Maaun.
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (1) فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ (2) وَلاَ يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (3) فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ (5) الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ (6) وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ (7)
جزاكم الله خيرا كثيرا
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam: 08013010068816
Ustaz Md Suaid bin Din
Pengasas / Pengetua / Pengurus
Maahad Dar’us-Salam dan Asrama Anak-Anak Yatim
Dar’us-Salam Tambun.
TEL: 017- 566 1339.(019-403 6907 ummi)  atau 05- 548 3558

No comments:

Post a Comment