Saturday, November 20, 2010

Sabtu 20/11/2010 Kisah Anak-Anak Yatim Kami dan Lembu Bani Israel

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini adalah hari tasyriq yang terakhir untuk bertakbir dan berkorban dan tempohnya akan berakhir sebelum solat Asar. Sebenarnya dua minggu lepas ada 2 orang datang bertandang dan memberitahu kami yang mana mereka dah datang tinjau tempat kami tanpa menemui kami. Kali kedua ni datang berjumpa ummi untuk meminta persetujuan tarikh yg dipilih mereka untuk menyembelih lembu di asrama ini dan mengambil gambar kawasan yang telah dikenalpasti untuk lokasi penyembelihan korban itu untuk ditunjukkan kepada bos, yang kononnya beliau arahkan begitu katanya. Ummi pun catatkan pada whiteboard besar kalendar bulanan kami pada tarikh 20/11/2010 korban lembu dari...........di asrama.

Seperti biasa anak yatim ini setiap hari sejak pagi lagi selepas mengaji Qur'an sesi Subuh  pkl 7 akan membaca catatan kalender ini kerana nak tahu apa program harian mereka. So pakat bersembanglah sesama mereka  ada sembelih lembu oi hari Sabtu ni.....horey..horey..aku nak asah pisau selinap kulit lembu...aku nak potong daging...sebab mereka ni budak-budak yang ringan tulang belaka.

Petang semalam selepas balik solat Jumaat  kami keluar mencari freezer baru kerana peti  yang ada dah penuh dengan sayur, ikan dan daging sumbangan. Cari lah punya cari di dua tiga kedai letrik saiz dan jenama yang agak bermutu kami dapati freezer Mistral harga RM900.00 paling baik berbanding jenama Pensonic dan satu lagi produk China. Kenapa? kerana bayangkan seekor lembu punya daging tentulah banyak sedangkan tak ada tempat nak disimpan takut nanti daging  bakal disembelih ini rosak dan membusuk. Masa itu hujan turun dengan lebat, nak masuk kereta, kuyup habis baju...cina kedai pun kata tak boleh hantar sekarang maa...nanti hujan belenti kita hantar...




Bila balik ke asrama dalam hujan tu, tak nampak pun batang hidung lembu...yang bebudak ini ingat kami pergi ambil lemmbuuu. Hati masih berbaik sangka mungkin depa tak boleh bawa lembu dalam hujan lebat macam ni......mungkin malam ni depa hantar kot...Jalan masuk ke asrama kami tenggelam dek hujan lebat...banjir!! Mari kita buat saluran supaya air dialir kesungai. Siap!!!! anak-anak yatim dengan parang, cangkul, parang penebas ditangan masing-masing. Air dapat disurutkan kesungai...Sebelum Maghrib, cina freezer datang..bayar terus Rm 900 tak apa walaupun bukan senang nak cari sebanyak itu tapi persiapan wajib diusahakan. Maghrib pun selesai dan takbir berkumandang setiap orang anak yatim lelaki memimpin takbir, tiga kali setiap orang ...bergema suara anak-anak ini naik kelangit membesarkan Allah..Lepas takbir  solat Maghrib mereka makan malam. Masa tu ummi tergerak nak telefon orang lembu Bani Israel yang datang buat urusan beriya-iya bebenor..gerenti jadi...Ummi tanya macamana cerita ni... kami dah kensel bebarapa program jamuan diluar untuk bebudak ni kerana program korban lembu ni...macam mana jadi ke tak semelih tu..? lembunya mane? kata nak antar Jumaat? Apa jawabnya? Saya demam....terlupa!!!!YA ALLAH!!!Kasihanilah anak-anak yatim kami ni. Dah banyak kali terdehak macam ni.

No comments:

Post a Comment