Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, November 22, 2010

ISNIN 22/11/2010 KAMI TIDAK CUTI.......KELAS TAMBAHAN BERMULA..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Setelah selesai menyambut Raya Haji selama beberapa hari, anak-anak diasrama ini mula bersekolah semula hari ini. Seperti biasa sessi pengajian mereka bermula selepas sarapan   dengan mengaji Qur'an/ Iqra' seawal 7.15pg bagi hari persekolahan dan 8.00pg pada hari Sabtu dan Ahad. Hanya dua orang anak saja yang dijemput pulang beraya dirumah sendiri oleh keluarga, Izwan dijemput ibunya kerana menyambut kejayaan mendapat 1A,2B,1C dan 1D dalam UPSR. Lebih baik dari anak-anak jiran mereka yang tak dapat sebarang A dan B kata ibunya gembira yang tak sedikit. Amirul yang dapat 2A tahun lepas dijemput ibu tirinya untuk balik beraya sekejap. Adapun yang lain tiada keluarga yang menjemput kalau adapun hanya melalui telefon, bukan semua pun.
Jadi kita akan penuhkan aktiviti tuisyen sepanjang bulan cuti ini dan memantapkan al-Quran dan mengupayakan anak yang diperingkat Iqra' 5/6 supaya naik Qur'an semasa cuti persekolah ini. 
Pengalaman kita jika anak ini diberi pulang ke kampung banyak tangan-tangan yang akan menghancurkan proses pembinaan yang sedang dilalui mereka kini, kerana keluarga mereka tidak membantu langsung. 
Sebagai contoh, Raya Puasa baru-baru ini kita membenarkan mereka pulang beraya dikampung 4 hari sebelum Raya, akibatnya ada ibu  yang beli roti canai dan suruh anaknya bersarapan sebab tak payah puasa...kecil lagi...Ada yang beritahu kami tak pernah nampak pun mak kami semayang. Bapa mereka pun dua kali lima juga halnya...tak puasa.. hisap rokok siang hari dibulan puasa dan tak solat. Ini realiti keluarga mereka yang kita didik diasrama ini. Keluarga yang hidup untuk makan tanpa rasa bertanggung-jawab kepada anak tanggungannya, tertekan dengan perbelanjaan anak, persekolahan anak dan lain-lain, jalan mudah serahkan anak di asrama anak-anak yatim....dan tak perlu jenguk lagi...aduhai.. Kalau tak ingatkan anak-anak yatim yang tak tahu apa-apa ni rasa geram jer tapi Allah suruh kita bela anak yatim....sejuk rasa hati dapat membantu mereka..   

No comments:

Post a Comment