Saturday, November 20, 2010

19/11/2010الجمعة

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini sudah hari ketiga kita di M'sia beraya dan hari ini juga adalah hari tasyriq yang kedua dan besok sebelum asar adalah hari tasyriq ketiga dan akhir bagi tahun ini. Kita disunatkan bertakbir sepanjang hari tasyriq sama ada selepas setiap kali solat dan dalam apa jua kesempatan selainnya dan kita juga dituntut berqurban dalam masa hari tasyriq ini untuk menzahirkan syiar Al-Adhha mencontohi pengorbanan Nabi Ibrahim yang hebat itu.

Sedikit tentang si budak Hafiz semalam, dia yang mengaku faham akan kedudukannya yang perlu kehospital untuk diperiksa akibat terjatuh katil dan mengadu kepala dan bahagian bahunya sakit alih-alih bila doktor panggil dia masuk dan bertanyakan tempat mana dia sakit dijawabnya tak sakit apa-apa dan boleh angkat tangan cepat bila diminta doktor, apa lagi doktor India pun bagi sedikit ubat dan berkata  this is my last patient!! Jadi kesimpulan yang dibuat doktor bahawa dia tak ada apa-apa...geramlah abang Kamarul yang temankannya. Sebab sebelum itu semasa diklinik kata kepalanya sakit sehingga dokter klinik pun rasa cemas dan arahkan dia dibawa segera kehospital kerana hospital kemudahannya serba lengkap. Tiba-tiba bila depan doktor hospital lain pula pengakuannya..penat melayan kerenah budak ni.....

Hari ini siswi Yaman dihantar oleh  ummi, Izzah dan abang Kamarul ke Medan Gopeng untuk ambil bas ke KL. Dia dapat bas Transnational jam 12 tghari. Susah juga budak ini sebab makanan kita semua dia tak ingin kononnya tak boleh masuk....Suruh dia masuk dapur masak apa yang dia nak pun tak turun asyik online memanjang dan dengan anak-anak yatim pun dah tak layan bila earphone ditelinga...konon tujuan datang tu utk ajar anak yatim itu dan ini.......

Hari ni masih ada lagi yang datang menyumbang daging korban dari SUK, Jpn dan lainnya.

No comments:

Post a Comment