Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, November 16, 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Hari Raya Idil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin muslimat seluruh M'sia samada yang pernah mengenali kami atau yang belum. Melalui laman ini kami mengambil kesempatan mendoakan agar para jama'ah haji selamat menyelesaikan ibadah haji mereka dan mendapat Haji Mabrur in sya Allah dan selamat semuanya pulang ke tanahair masing-masing. Kepada yang tidak bernasib baik ke tanah suci didoakan agar dalam kesejahteraan iman dan kesuburan amal yang sentiasa bertambah dari hari kehari.

Sebelum terlajak ingin dimaklumkan kepada yang terjenguk laman yang baru diwujudkan ini bahawa pelbagai pihak yang simpati dan prihatin dengan asrama kami telah menolong membuka pelbagai laman web, blog dan facebook dengan nama yang bermacam-macam untuk membantu pihak kami dan ada juga yang menyiarkan cerita kunjungan mereka ke sini siap disisipi dengan gambar-gambar yang dirakam. Antaranya yang boleh disebut disini ialah laman  Lembaga Hasil Ipoh yang menjadikan asrama ini sebagai anak angkatnya namun laman ini tidak dapat dikemaskini kerana tidak diketahui siapa yang mengendalikannya. Sebenarnya laman ini penuh dengan gambar-gambar dari awal penubuhan asrama ini sejak 2008 dan 2009 yang menjadi dokumen berharga kepada asrama ini. Begitu juga dengan laman-laman yang lain ada pelbagai gambar aktiviti yang dibuat di asrama ini. Untuk semua pihak yang prihatin dengan anak-anak yatim di sini ribuan terima kasih diucapkan kerana membantu kami membina masa depan anak-anak disini dengan pelbagai cara yang difikir sesuai. Semoga niat baik anda yang menyumbang ini akan mendapat ganjaran di sisi Allah Subhanahu waTa'ala. Kita jangan memperlekeh dan meremeh amalan baik kerana kadang-kadang ianya adalah besar di sisi Allah. Cuba renungi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah kamu memperlekehkan sebarang  amalan baik sekalipun dengan menceriakan mukamu ketika bertemu saudaramu" dan "Senyumanmu kepada saudaramu adalah sadakah" dan "membuang sebarang yang memudaratkan orang lain dijalanan adalah cabang iman". Justru rebutlah peluang beramal dengan niat yang suci kerana Allah pasti anda akan lihat ganjarannya nanti.

No comments:

Post a Comment