Wednesday, November 24, 2010

Rabu 24/11/2010 Wan....Anak Yatim dan Ayam Yatim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, Wan anak yatim baru  nampaknya boleh masuk kawan dan setakat ini boleh mengikuti kelas intensif yang dijalankan untuk sesi pagi dari jam 9 pagi sampai pukul 1 petang  dan sesi petang (mengaji) pula dari jam 2.30 hingga 5 ptg. Begitu juga kelas Iqra'/Quran lepas Subuh, tidak ada masalah setakat ini, bila ditanya makan diasrama ini macam mana sedap ke tak..sedap katanya. Cuma dia agak slow sikit dalam pelajaran. Mudah-mudahan ada perubahan pada dirinya. Beginilah anak-anak yatim...kita perlu mencari dan mencuba pelbagai suis yang sesuai untuk merubah dan memacu mereka. Sentuhan dan perhatian perlu dan ianya berbeza dari seorang kepada yang lain. Umur mereka masih muda dan mentah, tindakan mereka juga adalah keanak-anakan. Namun yang pasti mereka ringan tulang belaka terutamanya yang lelaki.

Satu cerita yang agak menarik tentang anak-anak yatim kami ini. Jiran kami ada menternak kambing dan ayam kampung dibawah lebuh raya dah agak lama juga hampir dua tahun lebih..tiba-tiba ada masalah, mereka mengalami krisis sedikit dan tidak dapat meneruskan penternakan..dan mereka terpaksa pindahkan kambing mereka ketempat baru dan tinggalah ayam, angsa dan ayam turki di kandang tanpa makanan, hingga ada ayam-ayam mereka yang menerobos keluar dan datang ke asrama kami mencari makan. Bila diberitahu hal ini menerusi telefon mereka kata yang mana datang keasrama itu boleh tangkap dan sembelih buat lauk kami tak kisah sebab kami ada masalah sikit. Ayam yang datang tu mulanya 3 ekor dan kami ada sekor itik jawa betina yang diberi oleh seorang cina yang memancing di sungai bawah lebuh raya. Jadi  kami buat reban untuk makhluk ni bermalam dan berteduh dari hujan. Keesokan harinya datang lagi ayam-ayam ni secara beramai-ramai mencari suaka. Jadi sekarang ini jumlah yang datang 26 ekor. No problem soal makan minum ayam-ayam ini diurus oleh anak-anak yatim macam hotel 5 bintang. Dan ayam yang dikandang asal pun mereka hantarkan nasi dan beras kerana tidak ada orang yang datang menjenguk. Semua ini inisiatif mereka sendiri, kami tidak campur tangan pun. Akhirnya tuan ayam tahu anak-anak ini yang tolong beri makan ayam, dan ternakan yang masih ada di situ, lalu diserah mandat kepada mereka untuk ambil semua ayam yang ada dan tinggalkan angsa, ayam klu-klu dan ayam serama..hingga guni dedak pun diserahkan kepada bebudak ini. Cuma kepada anak-anak yatim ini dipesan kita hanya akan ambil ayam yang keluar dari kandang sana dan datang ketempat kita. Jangan pergi ke sana kalau  untuk tangkap tapi kalau nak bagi makanan tak jadi masalah. Mereka akur...setuju. Tapi bila kata kita nak sembelih dan panggang ayam ni....terkedu mereka sedih..tak tergamak....sebab ayam ni jinak dan manja dengan mereka...

No comments:

Post a Comment