Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, November 26, 2010

Mengimbau sejarah....

Hj Rosli (baju putih)
Hari ini 200 kerusi tiba dan akan disusuli dengan meja bankuet untuk kelengkapan dewan serbaguna kami. Kali ini melibatkan seorang lagi penyumbang dan sukarelawan iaitu Hj Rosli yang memilih untuk menyumbang menerusi kelengkapan prasarana.
Kehadiran beliau dalam kehidupan anak yatim kami ada kaitan dengan cetusan projek menjadikan asrama ini sebagai anak angkat oleh LHDN Ipoh  dibawah pimpinan  Pn. Wan Azni..sementara itu Hjh Che Tom isteri beliau, adalah pegawai kanan LHDN Ipoh ini.
Pn Wan Azni menyampaikan sumbangan kpd walid
Begitulah kuasa dan kehendak Allah yang memudahkan usaha dan hasrat yang dilakarkan manusia menjadi kenyataan dan realiti. Dan barangkali juga keberkatan doa peribadi anak-anak yatim ini setiap selepas solat mereka, "Ya Allah, Ya Tuhan kami berilah asrama kami maju, Ya Allah Ya Tuhan kami  bukakanlah pintu hati orang ramai untuk membantu kami....." (rasanya masih ada simpanan doa ini)

Sebagai seorang usahawan dan punya ramai kenalan koperat, Hj Rosli sering membawa rakannya berkunjung keasrama ini untuk melihat sendiri apa yang boleh dibantu..Dengan cara demikian maklumat tentang asrama ini berlegar dikalangan ahlinya. Dalam ramai-ramai tu pasti ada seorang dua yang terpaut hati untuk berkhairat...

Hj Rosli juga bertindak sebagai penghubung antara asrama kami dan LHDN. Hj Daud (skrg bersara) mewakili LHDN akan turun bersama krewnya memantau lokasi..justeru apa jua plan pembangunan yang dipersetujui bersama akan dilaksanakan dengan kos yang akan didahulukan oleh Hj Rosli dan LHDN akan topup-kan kemudian, kerana beliau ada dananya sendiri.  Minat Hj Rosli amat mendalam pada keceriaan dan penampilan. Mengecat adalah keutamaan beliau...Ramai orang menyatakan terkejut dengan wajah ceria asrama ini terutama bagi yang pernah datang sebelum ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala dan memberkati kehidupan beliau dan semua yang terlibat mewakili LHDN ..amin!
Hj Daud

Projek seterusnya adalah menceriakan halaman dengan pepasu bunga...siapa mahu share???

No comments:

Post a Comment