Saturday, November 27, 2010

Sabtu 27/11/10 Ya Ilahi......5.28pagi

Ilahi....
dalam bening fajar ini
kau kurniakanlah kepada kami
kesihatan, ketabahan dan keikhlasan
untuk membantu
anak-anak ini yang serba tiada
yang tiada ibu
yang tiada bapa
yang ditinggal keluarga
meredah lautan hidup....sendiri
yang penuh gelora
penuh angkara
pada mata mereka
penuh tanda tanya,,,,namun
jawapannya tiada
ketika usia begini
anak lain yang beribu bapa
tidur diriba dibelai manja..
diapit ibu dan bapa di mana-mana
tapi bagi mereka....itu semua
cerita kayangan yang jadi halwa telinga
Ya Allah ..
dalam hening subuh ini
kupohon padaMu
berilah kesihatan kepada kami
untuk mendidik mereka
mereka yang begitu begini
mereka yang begini begitu
menjadi muslim muslimah
yang berguna
buat mereka
dan buat ummah...
biar mereka sedar
Junjungan Besar RasululLah
juga tiada ibu dan ayah

No comments:

Post a Comment