Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, December 5, 2010

Ahad 5/12 Hari sejarah buat Hafiz...

Ya.. hari ini adalah hari yang dinantikan penuh debaran oleh si Hafiz..Sejak jam 5.30 petang semalam lagi  dia telah diambil oleh En. Ashram Gardenia kerumah beliau untuk persiapan majlis hari ini..Dan sebentar tadi anak-anak yatim lelaki dijemput kemajlis dirumah En Ashram dengan tiga buah kenderaan...majlis apa ye? Majlis bersunat...secara tradisional menggunakan khidmat dan kepakaran tok mudim, bukan doktor atau HA. Maknanya...bius talak lhoo....pakai jampi maa...lagi ada majlis rebana  dan bersiram sampai menggigil, katanya dia sudah minta khidmat BOMBA..Si Hafiz ni tidak membantah sebab dia tahu hanya dia satu-satunya daripada 14 orang lelaki diasrama ni yang belum sempurna..Tahun lepas kita buat majlis khatan beramai-ramai menggunakan khidmat  Sdr Afifuddin, HA dari Pusat Kesihatan Merbuk Kedah. Si Hafiz belum datang lagi time tu..nak harapkan keluarga uruskan..keluarga retak seribu..Sekarang ni bersunat, paling koman RM130.00 di Ipoh ni..barang naik maa. Terimakasih kami kpd sdr Ashram yang tergerak hati mengunjungi asrama ni untuk mencari seseorang yang nak dijadikan teman anak lelakinya bersunat hari ni......
majlis bacaan Yasin diketuai adik Rauf..

 amboi, dah tak pedulikan kawan sungut anak-anak lain..


naik junjung nih..

Sementara itu sebentar tadi anak-anak perempuan seramai 10 orang pula dijemput kemajlis kenduri aqiqah di T. Perpaduan dekat sini. Kalau ada gambar akan diupload kemudian....
بنات يسلمن الضيوف

عاتقه

عاطفه وبصيره

وجوه بريئه مسرورات


Sedih pula Jamal si ayam jantan Deekoon ni demam dia pagi ni. Selain dia ada dua orang lagi yang juga demam iaitu Iwan dan adiknya Ikin. Tapi yang paling bermasalah kalau sakit...Jamal ler..Apa masalah dia? Susah nak telan ubat, tak kira ubat biji atau ubat air...Dia akan meronta-ronta macam kerbau kena kerat tengkuk...Paling leceh!!! Anak-anak lain tak ada masalah langsung makan ubat...Alhamdulillah kami punya kotak First Aid lengkap dengan pelbagai ubat...

No comments:

Post a Comment