Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, December 4, 2010

Beruk boleh membaca.........

Dalam psikologi pendidikan kita akan temui teori-teori behaviorisma, cognitivisma dan constructivisma yang masing-masing megah dengan hasil kajian mereka dan mendakwa itulah sebenarnya pembelajaran. Ada yang kata perubahan perilaku itu hasil dari belajar tak kira samada dengan ganjaran atau hukuman. Diceritakan ada seorang guru telah difitnah dan dipanggil mengadap raja kerana dilapurkan pernah kata dia bukan saja pakar mengajar manusia malah dia boleh ajar beruk membaca...Raja bagi tempoh seminggu kepada dia untuk demo. Cukup seminggu dia datang mengadap raja bersama beruk dan sebuah buku. Raja bertitah tunjukkan kehandalanmu mengajar beruk membaca buku..sekiranya tak berjaya, kamu akan beta hukum bunuh, Kawan pun angkat tangan sembah baiklah tuanku, titah dijunjung. Orang yang fitnah pun seronok, berdoa biar musuh dia ni kena bunuh...busuk perut busuk hati ni,,,Si Awang ni pun berdoa biar ler beruk ini ingat apa yang dia train seminggu ni,,,lalu dia letaklah beruk atas kerusi dan diserahkan buku kepadanya dibuka muka surat pertama untuk dibaca sang beruk....dengan tersengih beruk tu membaca muka pertama kemudian jarinya dimasukkan kemulut sambil tersengih lepas tu selak helaian demi helaian muka surat cara macam orang tua-tua nak selak helaian mesti jari kebibir untuk basahkan dengan air liur. Sebijik lagu tu beruk tu buat sampai habis satu buku dibacanya kemudian tersengih dan bagi balik buku kepada tuannya,,,,,,raja punya ler excited terus bagi pingat dan pelbagai hadiah kat hamba Allah nih.....kerana kehebatan mengajar beruk membaca sedangkan orang melayu ramai yang tak boleh baca...........bersambung kalu ingat...

No comments:

Post a Comment