Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, December 20, 2010

Rasmi mesin rumput

Petang tadi Angah dah rasmikan mesin rumput yang baru beli hari tu. Kalau nak ikutkan, Danial nak buat dulu, tapi dah angah ada tang tu, dia pun bagi la.. heheh.. Ummi dah buat borang penggunaan barang untuk semua peralatan di sini. Bukannya apa, takut kalau jadi apa-apa senang nak tau sapa orang terakhir yang guna. Kalau tak buat jadi macam mesin rumput lama hari tu, semua tak mau mengaku sapa yang last guna. Mesin ni pun berbeza dengan yang lama dari segi kualiti nya. Sebab ianya buatan Japan, yang dulu tu China punya. Tak rasa bergetar masa tengah mesin tu sebab tapak enjin dia ada 3 pelapik spring, kira macam arbsorber la tu. Jadi lepas mesin tu badan tak la rasa bergegar. Esok giliran Danial pula sebab dia dah booking dalam borang penggunaan barang.

No comments:

Post a Comment