Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, December 5, 2010

Tayangan Malam Cuti...


Malam tadi selepas makan ayam panggang dan mengaji Al-Quran, kita susuli pula dengan tayangan video. Setiap malam minggu kita akan tayangkan untuk mereka disini video atau movie yang ada unsur pendidikan dan pengajaran sebagai ganti TV. Disini tv tidak beroperasi dan kami sendiri sebagai pengurus tidak menonton tv pun. Kerana pengaruh tv banyak negatifnya dari positif terhadap anak-anak disini. Ketara sekali bila mereka pulang bercuti raya dan sebagainya, dimulut mereka adalah siulan dan lagu-lagu rock dan sembang mereka adalah cerita yang ditonton dikaca tv. Sebagai alternatif kita tayangkan kepada mereka malam minggu cerita yang berwawasan kepada mereka seperti film Laskar Pelangi kisah anak-anak miskin menaikkan nama sekolah mereka yang daif. Biar cerita itu diulaskan mereka dalam sembang-sembang mereka. Depa ni memang kaki sembang..... 

terdongak atifah...ratu tidur dar'us-salam

ayam panggang tak larat nak dihabiskan...


Jamal meratah...

Danial sapu bersih....


Tayangan malam..
Rauf ....tumpu...





tak berkejip....

No comments:

Post a Comment