Wednesday, December 1, 2010

Tamu Hari Ini

Su diapit oleh imah, ikin dan ati


Tetamu kami yang datang pukul 3.30 ptg ini adalah seorang usahawan wanita yang tidak asing kepada asrama ini. Membahasakan dirinya Su, mengurus perniagaannya sendiri dalam bidang percetakan, jahitan dan pengiklanan. Beliau adalah diantara orang yang prihatin dengan nasib anak-anak yatim ini dan sentiasa bersedia untuk membantu kami dalam kerja sosial ini sesuai dengan bidang kemahirannya. Sumbangan Su yang diharap menjadi amal jariahnya ialah komputer meja yang hingga kini masih digunakan untuk segala kerja berkaitan pentadbiran asrama dan maahad ini.

Kemunculan Su petang ini membawa hasratnya yang suci untuk membantu asrama ini menerusi penjualan takwim amal 2011 atas nama asrama anak-anak yatim kami dengan kos yang akan ditanggung sepenuhnya oleh beliau...Ya Allah, kami sendiri mungkin masih baru  dalam bidang ini justeru tidak terfikirpun kesitu, kerana yang kami fikirkan bagaimana nak membangunkan minda dan syakhsiah anak-anak ini untuk menjadi anak yang terpelajar dalam bidang duniawi dan ukhrawi..dan kami mengalu-alukan sumbangan idea  seperti yang dilontarkan Su ini dan kita sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada apa jua sumbangan. Sumbangan bagi kami tidak semestinya merujuk wang ringgit dan materi, kerana amal Islam ini amat luas cakupannya. Saya selalu sebut hal ini kepada siswa-siswi yang berkunjung kesini bahawa tempat ini bukan untuk kami sebagai pengasas sahaja sebenarnya, sebaliknya ia adalah medium kepada masyarakat umum terutama kepada insan yang prihatin untuk berpartisipasi. Mungkin anda ada teori baru dalam bidang pendidikan yang belum diuji keberkesanannya, sila datang kesini, kita ada anak-anak yang boleh dijadikan sampel penyelidikan dan kajian... Inilah sikap dan prinsip kami dan keterbukaan kami berbingkaikan syariat Allah.
Kita doakan agar hasrat murni Su ini akan diberkati Allah dan in sya Allah niat yang mulia seperti ini akan sentiasa direstui dan dijayakan Allah.

Selang beberapa minit menyusuli kedatangan Su datang pula seorang tuan haji yang menyampaikan jemputan ke Tmn Perpaduan pada 5/12 tapi tarikh tersebut telah ditanda dengan majlis khatan adik Hafiz diBercham namun beliau semacam mendesak hendakkan juga anak yatim kemajlis beliau lalu kami memutuskan untuk membenarkan anak yatim perempuan sahaja yang pergi seramai 12 orang semuanya supaya tak terdehak.

Pada 4.15 pm datang pula lori Inflow menghantar kotak berisi kuih muih untuk jamuan petang. Semoga Allah berkati orang-orang yang bermurahati membantu anak-anak yatim kami.....
اللهم أعط منفقا خلفا  أمين يا رب العالمين



No comments:

Post a Comment