Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, December 15, 2010

Tetamu Hari Ini....

Lebih kurang jam 11.30 pagi tadi kami dikunjungi oleh En. Solehan dari pasukan Komando 69. Beliau baru kali pertama datang keasrama ini. Beliau datang untuk memberi sumbangan wang mewakili rakan-rakan setugas. En. Solehan sudah lama bertugas di PGA Ulu Kinta ini dan beliau berasal dari Pontian Johor. Terima kasih di ucapkan Jazakamullah khairan kathira....

Sementara itu pada pukul 6.15 petang sebuah lori masuk kekawasan asrama menghantar sebuah mesin basuh 13kg automatik. sumbangan persatuan Wardah dari CARSEM, Jelapang Ipoh. Tidak beberapa lama selepas itu muncul paklang Nordin dan isteri menghantar Iwan dan Udin yang dibawa ke Sg. Petani sejak Ahad selepas kami pulang dari Pangkor baru-baru ini.

Selepas Paklang sampai En. Aziz Haron pula tiba bersama anak perempuan beliau. En. Aziz adalah orang yang bertanggung jawab mewakili Wardah, persatuan pekerja Islam Carsem menguruskan pembelian mesin basuh sumbangan persatuan itu keasrama ini. Dan beliau ingin memastikan barang sumbangan ini benar-benar sampai kedestinasinya. Dan beliau juga ingin memaklumkan pada 8 Januari ini lawatan amal Wardah Carsem Jelapang akan diadakan untuk gotong royong mengecat kelas dan lain-lain aktiviti disamping itu menurut beliau, pengerusi Wardah akan datang minggu hadapan untuk mengambil gambar lokasi diasrama ini dengan lebih terperinci. Terima kasih diucapkan kepada En. Aziz dan WARDAH Carsem Jelapang diatas sumbangan  mesin basuh dan Selamat Datang kepada seluruh anggota Wardah yang akan melawat asrama anak-anak yatim ini.
mesin basuh balu...ma

En. Aziz menyerahkan mesin basuh bg pihak Wardah...syukran

No comments:

Post a Comment