Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, December 3, 2010

Petang Khamis...

Petang ini pada pukul lima selepas sesi mengaji Al-Quran kami keluar mencari buah-buahan dan sayuran untuk berbuka dikebun cina berdekatan kerana anak-anak ini memang gemarkan jambu colek kuah rojak. Kami juga belikan buah amra/kedondong untuk dibuat juz. Ah Hee tuan punya kebun ini memang kenalan kami dan  tahu kami menjaga anak-anak yatim. Dia ada bengkel baiki kereta dibahagian belakang rumah tapi kini dia serahkan kepada anak lelakinya manakala dia sekarang tumpukan kepada perkebunan dan sedikit-sedikit kerja kimpalan. Katil anak yatim patah dia pernah welding tanpa bayaran..tak payahlaaaa anak yatim punya hal, katanya. Dia ni seorang yang inovatif dan kami tertarik dengan pembakar ayam rekaannya mengunakan dapur arang boleh panggang enam ekor dalam satu masa. Dan ada dapur bbq ciptaannya juga tapi menggunakan gril besi rasanya tak sesuai khuatir nanti ini dijadikan permainan tikam menikam. Kami tempah jenis pertama tadi dan harganya rm80.. menggunakan drum yang bertutup dibahagian atas dan ayam distim menggunakan pencangkuk. Katanya dalam masa satu jam cukup masak dan arangnya hanya sebungkus sudah cukup untuk enam ekor ayam. Sabtu pagi you boleh datang angkat..

Semasa kami sampai belum sempat keluar kereta anak-anak ini terpa beritahu ada orang datang masa ummi tak ada..dia bagi tepung dan gula..orang laki-laki..dia datang naik kereta...Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment