Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, December 6, 2010

Tamu Hari Ini...dua orang guru...

Hari ini hari puasa Isnin, walaupun ada beberapa orang yang demam dan tak sihat tapi yang pastinya hanya Amin dan Iwan kut yang tidak puasa  sebab disuruh makan ubat oleh doktor diklinik lagi pagi tadi..yang lainnya masih puasa... Jadinya semua mereka landing diasrama dan disurau...itu yang lelakinya dan yang perempuan diasrama mereka ditingkat atas...
Itulah..dalam suasana yang sepi itu terdengar sayup suara orang beri salam..Rupanya ada dua orang wanita...dan kereta diparking diluar pagar.. Ada barang sikit dan nak minta budak tolong angkat...katanya. Saya minta masukkan kereta kedalam kawasan dan memanggil anak-anak yang landing disurau beri bantuan mengangkat barang-barang sumbangan yang dibawa antaranya beras, serbuk pencuci, kordial, sos dan lain-lain..
Dari gaya pakaian dan soalan macam guru dan memang sahpun kedua-duanya adalah guru yang sedang bercuti kan..Sorang mengajar di Manjoi dan lagi sorang di Rapat Setia..Selepas bersembang-sembang Cikgu Azua meluahkan hasrat untuk mengambil gambar kelas kerana ada orang nak sumbangkan meja kerusi....ummi mengiringinya... Terimakasih atas sumbangan dan keprihatinan...

No comments:

Post a Comment