Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, December 8, 2010

Siapa datang hari ini?

Hari ini dia datang lagi....dengan style dan gaya yang tersendiri..turun dari kereta senyum dan beri salam kemudian beri sumbangan dan terus beredar...Hari ini beliau ambil masa sikit untuk bertanyakan kalau-kalau boleh tumpangkan anaknya mengaji Al-Quran diasrama ini. Tak ada masalah boleh aje kata ummi, datang petang pukul 4.30 ptg gitu. Budak-budak disinipun boleh tolong ajarkan sebab antara mereka ni ada yang dah 9 kali khatam Rauf misalnya..Aizat dah 5 kali dan yang lain dah khatam belaka cuma 7 orang lagi yang belum tamat Iqra'. Beliau yang dimaksudkan ialah penderma tetap kami yang akan datang setiap bulan Pn Ani.. nama penuh dirahsiakan dan suami beliau bernama En Mazlan orang Taman Tambun. Terimakasih.

Kemudian pada pukul 4 petang kami telah dikunjungi lori daripada  syarikat in-flow yang menjadi penyumbang  tetap kuih-muih kepada anak yatim.

No comments:

Post a Comment