Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, December 16, 2010

Alhamdulillah....selamat tiba di Empress Hotel 9.30p.m tadi

Walid hari ini kena out-station mungkin dua minggu lebih. Angah, ummi dan ati datang ngantar tadi. Kami bertolak lepas Asar dari Tambun. Sebelum tu hujan lebat sangat. Sampai kat hotel ni pada pukul 9.30 malam. Selepas tu angah dan ummi akan ambil adik (kak Iffah) dan Atikah kawan kak Iffah di asrama USIM dengan barang-barang yang banyak untuk balik Ipoh. Tadi sempat telefon angah nak tanya dimana depa sekarang ni. Angah kata dia baru sampai kat rumah sewanya dekat Bandar Baru Nilai untuk turunkan sebahagian barang adik dan Atikah yang berlambak-lambak tak muat kereta. Kata angah nak drive pun terganggu sebab tak nampak cermin belakang...apa punya dasyat...
Lepas ni depa nak singgah pula ke UIA nak jumpa kak Izzah yang pesan barang tertinggal. Entah ler sempat atau tidak takut gate UIA tutup sebab lewat malam macam ni. Walau apa pun didoakan depa semua selamat pulang dibawah peliharaan Allah Subhanahu wa Taala...amin ya Rabbal Alamin...
Baru tadi tefon angah tanyakan samada dia singgah UIA jumpa kakak, dia kata tak jadi sebab dah lewat sangat dan depa dah sampai Sg Buluh tadi dan cuaca elok tak ada hujan.....Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment