Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, December 16, 2010

Mesin Rumput dan Grinder Baru

Kadang-kadang penangan anak-anak yatim ni hebat juga terutama yang lelakinya. Apa tidaknya kalau jangka hayat sesuatu alat yang sepatutnya setahun dua boleh bertahan boleh lingkup dalam dua tiga bulan gitu..kenapa? kerana depa ni teringin nak mencuba benda yang depa tak berpeluang nak guna...jadi keinginan tu menggeletek dalam hati nak curi kesempatan untuk mencuba tanpa pengetahuan kita..Sebagai contoh, mesin rumput kami baru beli tak sampai tiga bulan tiba-tiba semput aje...bawa repai dan servis boleh beroperasi sekejap, lepas tu terus tak boleh start..sekali lagi bawa ke pomen dan diperiksa karburator, palam pencucuh, minyak dll tak ada masalah tapi bila start tak hidup juga. Terpaksalah dibuka bungkah enjin untuk dicari puncanya mungkinkah koil bermasalah kerana itu tanggapan walid mulanya sebab percikan api pada palam pencucuh (plug) terlalu lemah...bila dikerobek lagi tiba-tiba cina pomen mengucap, haiya lu tengok ini...haiya lu tengok ini piston sudah hanco looo..lepair pun talak guna ma..manyak mahat..angkat satu balu laa lagi baguih..soli aa. Apasal? Ini picah kah... mungkin 2T talak cukup taloh ......Lingkup...
Rumput making lame semaking panjang..bila hujang hampir tiap-tiap hari turung. Ye tak ye kena beli laing ler jawabnyer..nak wat guaner..
Pergi cari baru...jepun punya..jenama Echo RM800.00 dan beli satu grinder harga RM110...

No comments:

Post a Comment