Monday, December 13, 2010

Beli anak angsa..dan itik serati....

Petang ini kami pergi ke Batu Gajah untuk mencari itik angsa supaya besar nanti boleh menjadi siren penggera menjaga kawasan asrama dari diceroboh. Ceritanya..gini....pagi tadi abang Kamarul pergi ke pasar Batu Gajah untuk beli anak angsa. Memang dah lama dok sebut nak beli angsa dan ummi pun memang dok pasang hasrat macam tu..tapi Kamarul hanya dapat beli seekor saja dari peniaga cina di pasar tu...jantan pulak. Bila dah lagu tu,  angah cari dalam internet dimana boleh dapat angsa...jumpalah laman web cikgu masiran kaamin di Kg Ara Payung, B.Gajah yang jual bermacam spesis ternakan. Dapatlah beli anak angsa 3 ekor dan itik serati sepasang..untuk menjadi kawan kepada itik sumbangan cina yang sedia ada di reban kami tu.
Bila bawa balik aje...riuh rendahlah dalam kereta kwek..kwek..tapi bila sampai asrama senyap sepi sampai bebudak ni tanya..tak jadi ke beli itik....kita buat diam jer...





No comments:

Post a Comment