Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, December 16, 2010

Tamu Hari Ini

Tamu yang datang berkunjung hari ini ialah Tn. Hj Rahmat dan Hjh Nor isteri beliau. Mereka datang kali terakhir semasa walid di Yaman. Mereka adalah antara senarai penyumbang  kepada asrama kami ni. Bila tengok anak-anak yatim sedang bertukang, kami pun ceritakan tentang anak-anak angsa yang kami beli di Batu Gajah, terkedu isterinya mendengar cerita kami tentang tempat itu dan terus minta alamat dan no telefon pengusaha ladang ternakan itu..Sebelum balik mereka sempat tinjau anak-anak angsa yang comel dalam sangkar tu.
Selang berapa minit selepas Hj Rahmat balik, datang tamu lain iaitu Tn. Hj Murad dan isteri dari Kg Tersusun Bt 4 datang untuk menyumbang juga. Tn. Hj Murad bekas pegawai CIMB..beliau dah bersara dan berniaga sendiri. Sewaktu ditanya tadi apa bisnes sekarang, beliau menjual ikan Tilapia dari Tasik Banding yang diproses untuk pasaran di Norway. Ikan ini zero tulang yang dipotong menjadi kepingan. Tiga keping harganya rm10.00. Ummi pun nak cuba jamu anak yatim dan order satu kotak.
Sebelah petang sesbelum Asar datang lagi seorang anak muda dengan motosikal menyumbang barangan dapur..tak berapa jelas disambut oleh angah tadi.
Selepas solat Asar Tn. Hj Rosli pula datang dengan seorang kawannya membawa kotak-kotak berisi kasut sekolah untuk anak-anak disini...Walid tak sempat berjumpa kerana masa tu tengah mandi untuk bersiap nak berangkat......JazakumulLah Khairan....kepada semua penyumbang...

No comments:

Post a Comment