Thursday, December 23, 2010

Iftar di greentown..

 Sahur pagi tadi angah yang masak. Menunya "sweet sour ikan talapia" yang digoreng celup tepung. Wah sedapnya!!! Tapi adik-adik pompuan nie ramai yang bangun sahur tak makan nasi..cukup hanya sekadar minum dan makan biskut je..rugilah.
   Selepas subuh, aktiviti harian depa nie melawat itik-itik dan ayam- ayam. Tepat pukul 7.30 pagi muncullah abang kamarul yang out station di seremban. Pakat buat reportlah tentang anak ayam yang dah mati dekat abang depa nie.. masih ada seekor dua yang lemah. abang kamarul pun bergegaslah ke reban untuk merawat anak ayam yang lemah tu. 
    Pada pukul 5.30 petang  tibalah bas sekolah untuk mengambil anak-anak ini berbuka di luar seperti yang telah di janjikan ngan ummi..pakat larilah untuk bersiap sebab ummi bagitau pukul 6.30 petang. Tempat tu tak de lah jauh sangat dekat greentown je. Persediaan untuk Iftar ini agak meriah dengan jumlah tetamu yang ramai.



  








No comments:

Post a Comment