Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, December 14, 2010

Hari ni hantar kak Izzah balik ke UIA Gombak...dapat kucing yatim UIA..

Sepatutnya kak Izzah balik semula ke UIA semalam lagi tapi oleh kerana proses nak tukar bilik kena buat hari kerja maka kena balik hari ini Isnin..lagipun dia tak ada kelas hari ini. Pukul 12 tadi baru sampai keasrama anak-anak yatim, setelah semua urusan beres. Dia dapat bilik bawah di asrama yang sama iaitu Mahallah Aminah.

Semasa kami dok tunggu dekat kereta dibawah...ternampak seorang siswi buka tingkap tingkat bawah dan mencampak anak kucing keluar..kucing tu lapar terketar-ketar  bila Danial pergi ambil bagi dekat walid dia gigit jari walid begitu juga tangan Danial ia gigit...kami ada karipap inti sardin yang terbaki lagi seketul..bila dipatahkan diberi pada anak kucing ini dia makan dengan lahapnya habis sebiji dan disuap air sesudu dijilatnya sekejap jer tambah lagi satu habis licin. Pastu try bubuh masuk dalam bonet...terus duduk senyap....
Jadi...kami bertiga walid, angah dan Danial berpakat nak bawa balik ke Ipoh tanpa pengetahuan ummi dan kak Izzah. Bila pi sembahyang Maghrib disebuah masjid dekat Greenwood ia berbunyi miaw miaw dari dalam bonet..Angah cuba kuatkan suara cd al-Quran..tapi tak berjaya...maka pecahlah rahsia kami...tapi ummi setuju nak bawa balik ke asrama anak yatim kerana kucing tu pun kira yatim jugalah..kucing yatim betina.



Sebaik sampai terus bawa masuk rumah dan beri minum susu....kesian dahaganya dia.....
Anak-anak yatim semuanya tak tahu lagi kecuali Danial saja...sebab masa kami sampai semuanya dah tidur....Tunggu esok apa cerita....

No comments:

Post a Comment